BANER FAKAP

Wednesday, October 22, 2014

Reaksi Touch A Dog : Kemerosotan Sistem Pendidikan Tidak Terhad Kepada Ilmu Duniawi


"Bunuh sahaja penganjur touch a dog" 
"Aku nak pukul dia" 
"Kepala dia ada ulat" 
"Sah kafir penganjur touch a dog"
"Dia ini Kristian yang menyamar Islam"


Kata kata ini diucapkan oleh pengguna-pengguna media sosial kepada seorang "saudara" Muslim yang di waktu lapangnya memberi makanan kepada orang homeless, anak yatim, shelter haiwan dan rumah orang tua. Seorang "saudara" Muslim yang cuba meranapkan persepsi negatif Islam as a RELIGION OF HATE and FEAR. Saudara Syed Azmi Alhabshi dikatakan kini terpaksa menyorok kerana risau tentang keselamatan diri dan keluarga. Macam inikah cara kita melayan "saudara"? 

Menyedihkah kesemua pertuduhan, cacian dan ugutan bunuh ini datang dari hamba-hamba Allah yang mengaku percaya kepada Allah, mencintai Rasul dan berpegang kepada Quran. Manusia yang menggunakan avatar foto "End Zionist violence against Gaza". Ironi yang lebih tinggi dari lagu Biduanita Morisette.




Mungkin yang dihamburkan ini datang dari pesakit mental yang mempunyai masalah dua personaliti berbeza yang berperang di dalam otak. Mahukan imej Islam sebagai agama yang terbaik untuk sarwajagat tetapi tidak nampak ironi mahu membunuh seorang hamba Allah yang amalan membantu komunitinya mungkin 1000000 kali ganda lebih banyak dari "askar-askar Saiber Allah" tidak bertauliah ini . Husnuzon!

Paska 911 dan ISIS Ini kita sepatutnya menggunakan taktik lebih berhemah dan intelektual dalam menangani masalah perselisihan faham. Dimana salahnya sistem pengajaran ISLAM dan MORAL orang Melayu di Malaysia ini jika hampir kesemua langkat pertama apabila "terasa dihina" ialah dengan mahu berbunuh-bunuhan. Rejam merejam. Pukul memukul. Menerbalik balikkan meja. 

Nyata sekali masalah kegagalan sistem pendidikan tidak terhenti pada pengajaran ilmu duniawi malahan juga menjangkiti sistem pendidikan agama Allah yang sempurna lagi suci ini. Akibatnya sebuah agama sempurna menjadi cacat cela pula akibat yang mengajarnya ketam - ketam berjanggut dengan keffiyeh yang dipenuhi kebencian.

God help us all. For only he and his infinite wisdom could solve this clusterfuck of a problem

p/s : I do not feel obliged to believe that the same God who has endowed us with sense, reason, and intellect has intended us to forgo their use. - Galileo Galilei