3 Bulan
Come on resolusi tahun baru!
Trimester pertama. Segalanya nampak bagus setakat ini. Tiada komplikasi atau “relapse” pada silinder laknat . Baru terbau wasapnya sudah cukup buat aku kurang senang. Perlahan-lahan aku kembali ke dunia manusia. Bukan lagi dunia jin yang dietnya memang sudah tentunya makan asap.
Aku bercakap tentang rokok. Silinder kecil yang banyak menghabiskan “Agong” didalam bank dan dompetku. Kali ini harapnya biarlah muktamad kerana ikhlas aku katakan aku tak mampu lagi nak “sustain” hobi orang kaya ni. Kenapa aku katakan ini hobi orang kaya? Kerana orang kaya aje boleh menbakar RM 8.50 sehari. Itupun kalau jenis sekotak sehari bukan dua tiga kotak.Patrick Swayze aku dengar sampai lima enam kotak. Tapi dia tak apa. Dia kaya dan sudah hampir nak mampos. Ho ho ho.
Lama jugak aku fikirkan kenapa aku hisap rokok? Adakah kerana inginkan alasan untuk mati awal? Mungkin aku rasakan kenser tidak akan hinggap pada tubuh sasa (sesak?) ini? Atau aku mahu cool seperti John Constantine?. Sebenarnya semua bermula dengan kebosanan tahap siku. Bila bosan rokok adalah pengisi ruang paling hebat dalam sejarah dunia. Merokok memerlukan konsentrasi. Untuk menikmati rokok kamu kena tolak benda-benda lain ketepi. Tumpukan perhatian pada teknik hisapan (homoerotik sungguh). Sedut dalam-dalam (double homo). Secara serta merta dapat rasakan “kick” nya. Sedar-sedar kamu sudah habiskan 2 batang. Sepuluh minit berlalu. The best time filler and waster at the same time!
Kalau kamu sedar , sejak dua menjak ni rajin betul aku menulis. Dulu mungkin sekali seminggu. Sekarang hari-hari pulak.Bila teringat rokok je aku mula menaip. Aku isikan masa merokok dengan menulis.Output penulisan bertambah tapi malang sekali kualiti masih sengal. Alangkah bagusnya kalau kreativiti juga mendadak naik bila berhenti merokok. Agaknya banyak sel otak telah terbunuh sehingga berlaku kerencatan kekal! Tidak lagi boleh menoleh kebelakang. Ayat ini sangat tempang (this sentence is so lame!)
Bila bercakap pasal merokok kita tak boleh pisahkan dia dengan ketagihan. Aku rasa ketagihan ini pokok pangkalnya kebosanan. Bila bosan kita akan cuba isikan masa dengan aktiviti. Tak kiralah aktiviti itu bodoh atau merbahaya.Macam Jackass. Hidup terlalu bosan sampai sanggup minum kencing sendiri. Lihat pula pekerja kontrak. Apa mereka lakukan sementara menanti cat dan simen kering? ( dua perkara paling exciting dalam dunia!) Semuanya habiskan masa bosan dengan merokok. Paling kurang pun minum teh ais tepi longkang. Bagaimana pula dengan pelajar kolej? Duduk depan PC lepas study ( hahha study konon padahal layan ROCCO!) , sudah semestinya bosan. Ambik sebatang dua dan hisap. Hilang bosan lepas tu pegi mamak order makan. Sambil tunggu roti tisu bosan balik. Hisap lagi sebatang.
Kaitan kebosanan dengan ketagihan tidak terhad kepada merokok. Semua jenis ketagihan boleh dikaitkan dengan kebosanan. Obisiti? Alkaholik? Seks? Semuanya aku rasa datang dari kebosanan ketika ada keluangan. Bosan menanti ikan memakan umpan di joran? Hisap rokok. Anda gemuk dan tiada aktiviti boleh anda lakukan? Silakan makan lagi! Anda bosan duduk bilik dan awek duduk di sebelah dengan senyuman manja? Seks! LOL!
Mungkin bunyinya agak simplistik. Tapi kalau kebosan dalam masa terluang ini dapat dimatikan aku yakin ketagihan juga akan lesap. Tapi timbul persoalan baru. Aku sekarang isi masa terluang dengan menulis dan membaca buku? Adakah ini bermakna aku sekarang ketagih menulis dan membaca pulak?
HMMMMMMMMMMMM?
Labels: Bahasa ibunda, Musings, Uselessjunk










16 Comments:
At 8:15 PM,
[re-arrange] said…
cubaan berhenti merokok?
sebagai seorang skeptikal, mari lihat jika kamu berjaya. HAHAHAHA!
At 9:42 PM,
obefiend said…
ya ayohhhhhhhhhh
jika gagal akan aku tulis lagi disini
"kenapa aku gagal lagi bahagian 8"
At 10:17 PM,
Hafizi said…
Isn't this your 2nd attempt? Good luck gov you got my support.
Satu lagi ketagih ko lupa - ketagih AF! Especially orang Melayu. Then again semua benda Melayu ni ketagih. Benda2 tak elok lak tu...hahaha...diman silapnya? Adakah salah ibu mengandung? ;-P
At 11:23 PM,
rean said…
wah
berenti merokok.
cikgu aku ajar kalo nak berenti dikatakan berenti lepas 1 tahun.
6 bulan pertama yang paling susah.
hehehe.....
aku tatau kat mesia ada ke tak, tp kat indonesia ada klinik berenti merokok.
sbb banyak yang isap rokok mcm makan nasik.
rokok sini murah...>:)
At 11:43 PM,
Hani Mialystic said…
uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu finalllllyyyyyy
effi i longed for post like this. the political-free post. sudah kebah demam ye kamu?
best of lucks lah yer wif quitting smoking and all. for your future.
haa. mak nak mule membebel lah ni.
At 11:50 PM,
obefiend said…
kawan-kawan
FIZI
demam af juga pasal bosan. cuba slot AF tu kamu ganti dengan Planet Earth atau Blue Planet. paling koman pun tukar dengan rancangan "mari mengenali erti demokrasi"
hahahaha
ahaha
thanks old chap
REAN
kalau nasi tu macam rokok alamatnya berlubanglah parux2. hairan juga. bila melihat orang miskin tepi jalan di US. orang homeless. rokok dan arak jadi habuan. distraksi paling hebat aku rasa untuk lupakan kesempitan
memang sukar. 3 bulan sudah terasa getarnya. makin banyak aku menaip!
HANI
demamnya masih ada. tapi udah kurang. malas juga asik menaip pasal politik. tiada akhirnya cerita pasal politik. kamu mati hidup semula pun pasti masih ada masalah tak langsai
baik tulis perkara remeh macam ni.munglin boleh langsai!
At 12:01 AM,
the 11th alphabet said…
gud luck! may ur craving will go away forever.
aku pun KUB gak. malas hendak dipersatukan dgn2 apa2 persatuan. bersatu dgn kaum hawa itu aku mahu.
At 1:06 AM,
obefiend said…
wow
rakan sejenisku. kamu ingin bersama hawa bepersatuan. oh.. aku tidak jeles! KUB sudah kuubah jadi KB.. pasal dalam bahasa melayu "of" tu tak patah letak
hohoho...
dan terima kasih. harapnya tidak akan lagi memnghirup silinder. buatan ataupun asli.
At 1:42 AM,
Anonymous said…
Assalaamu'alaikum wbt,
Saya, Anonymous Coward, ingin mengucapkan gambate kepada saudara effi, semoga berjaya dalam usahanya untuk berhenti membahayakan diri sendiri serta orang2 tersayang di sekelilingnya. Sesungguhnya tindakan saudara ini adalah satu usaha yang murni, dan sekiranya berjaya nanti, akan saya beri ganjaran hadiah berupa sekotak dunhill.
Hahaha, j/k. Good luck!!!
Sincerely,
me - non smoker, & damn proud of it! :D
At 8:32 AM,
cleo weiland said…
Honestly I didn't even notice you had quit smoking at first. I know how hard it can be and I didn't want to pressure you to stop. But you knew me too well eh? You saw me grimace when you light up.
And I'm with you on this one Sayang. Good luck okay. Here's to a healthier you! And a happier us :)
Hugs~
At 10:22 AM,
Dila said…
Quit smoking? I thought that before this that when writing your blog posts.. you werelanguishing in front of your computer with a drink next to the keyboard (for your case prolly a coke), and your left hand dangling a ciggie , pondering.. and when you start to type, the ashes from the ciggie falls bit by bit in between your keyboard.
Haha.
So all this time, you were actually furiously typing with both hand and no ciggie! Hah!
At 11:55 AM,
Hafizi said…
ills sebut pasal coke dan Effi sebut pasal bosan. Pakata Effs you take a few Mentos and down a coke immediately - surely makes for something new. Takdelah boring lagi. hahaha
At 12:43 PM,
AnasDila said…
baguslah berenti merokok,kalau tak,bilik air atas bau rokok abg je,,,dahla busuk kalau bau bunge kasturi ok la jugak..
baguslah berenti merokok,supaya sperm count abg bertambah...huahuahuahua
p/s::org merokok,sperm count kurang,ada pun sperm..cacats!hehehe
At 1:47 PM,
obefiend said…
hah!
banyak betul komen kamu. dari sperm count ke letupan mentos
dan aku mengaku. berhenti merokok bagi memastikan punya zuriat. bukan muda lagi. kalau asik abuse mesti tiada anak. oh tidak! sekurang2 ada 1. jika tidak siapa bakal mewarisi kehenseman aku?
AH AH AH HA HA HA
note to Cleo
u never grimace. u just make weird expresion on your face. macam cacing kepanasan pun ada
At 4:42 PM,
iceroll said…
tumpang tanye, Rocco tuh menatam ape?
At 4:53 PM,
obefiend said…
iceroll tak tahu rocco? hohoho... bawah umur!
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
< Main Propaganda Page